Sunday, 29 September 2013

DOA, USAHA DAN TAWAKAL

Ramai antara kita dah lama berusaha tapi belum berjaya. Sebenarnya tiada istilah gagal dalam hidup ni cuma kita belum berjaya. Tetapi usaha harus disusuli dengan Doa dan Tawakal. "we do the best, Allah do the rest". Ada juga hanya berdoa dan mengharapkan kejayaan datang dengan sendiri. Mana mungkin kejayaan datang tanpa usaha. Kita berdoa semoga Allah memurahkan rezeki kita dan datangkan peluang yang baik untuk diri kita. 

Tapi sedarkah kita bahawa banyak peluang yang hadir kita sia-siakan begitu sahaja. Allah tidak akan murahkan rezeki kita dengan jatuhkan duit dari langit atau tiba-tiba duit muncul depan pintu rumah. Mungkin Dia akan menghantar seorang perantara yang akan menyampaikan kepada kita dalam pelbagai bentuk peluang. Cuma kita harus bijak menilai semua peluang dengan baik. 

Pemikiran yang negativ juga harus dikikis kerana pemikiran sebegini hanya melambatkan proses kejayaan kita. Kita harus bersangka baik kerana jika kita pikir yang baik-baik in sha Allah akan datang pun perkara yang baik-baik. "thought become things" apa yang kita fikir atau hajatkan itulah yang kita dapat.

No comments:

Post a Comment