Saturday, 28 September 2013

Kenapa Perlu Berniaga?

Sebagai seorang rakyat Malaysia, rugi sebenarnya jika kita tidak tergolong di dalam kalangan insan yang kita gelar sebagai usahawan,peniaga,jutawan dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaan. Kerana ramai warga asing yang datang ke negara kita untuk berniaga malah ada juga yang menjadi jutawan dengan berniaga di negara kita. Contohnya warga Pakistan, dengan hanya bermodalkan sebuah basikal pada mulanya datang ke Malaysia untuk berniaga kain dan karpet tetapi setelah 2 hingga 3 tahun pulang ke negara asal mereka dengan membawa harta yang banyak. Orang kita sebenarnya yang meng"kaya"kan mereka.

Memang benar rezeki masing-masing. Tetapi rezeki harus dijemput dan bukannya ditunggu. Buanglah 'mindset' kebanyakan orang Melayu kita iaitu 'makan gaji', banyak orang kata 'biarlah aku makan gaji.. Nak berniaga bukan pandai.. Lagi pon nak berniaga ni kene modal besar, risiko pun besar, makan gaji dah betul..sebab dalam keturunan aku belum ada lagi yang berjaya dalam bidang perniagaan ni'. Ini pemikiran yang harus kita kikis dan di buang jauh-jauh.

Untuk menjadi sebuah bangsa yang maju dan mampu bersaing dengan bangsa yang lain kita harus berusaha untuk memperbaiki ekonomi kita dahulu kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih ini kita dituntut untuk mempunyai kewangan yang kukuh demi membantu perjuangan umat Islam khasnya.

Sepertimana yang kita tahu 9/10 sumber rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Dan 9/10 jutawan juga datangnya dari sumber perniagaan. Saya pasti ramai yang diluar sana sangat ingin untuk memiliki kewangan yang kukuh dah stabil. Jadi dengan jalan perniagaan sahaja kita mampu untuk mendapatkannya.

TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA. Saya bermula menceburkan diri dalam dunia perniagaan kerana saya sedar pangkat dan jawatan saya di sektor kerajaan tidak terjamin dan tidak dapat saya wariskan kepada generasi saya yang akan datang. Warisan itu bukan hanya kewangan tetapi pengalaman, tamadun berniaga dan cara permikiran seorang usahawan. Saya tidak mempunyai bakat atau minat berniaga kerana  saya dilahirkan dalam keluarga yang "makan gaji". Saya tidak pernah diajar tentang ilmu perniagaan. Tetapi saya sedar tentang perlunya saya berniaga dan saya mula mencari individu dan kumpulan yang saya percaya untuk membimbing dan menjadi Mentor untuk merealisasikan impian saya.

Bagi bangsa Cina, perniagaan adalah sumber utama pendapatan. Walaupun ramai kaum cina yang bekerja 'makan gaji' tetapi mereka masih mengambil peluang untuk berniaga walaupun secara sampingan. Tidak seperti kebanyakan orang kita yang hanya mengharapkan kepada hanya 1 sumber pendapatan.

Islam menggalakkan umatnya berniaga sehinggakan berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Baginda dan para sahabat juga adalah usahawan pada zaman Baginda. Tidak berdosa jika kita menjadi kaya jika kekayaan kita itu adalah untuk jalan yang benar. Biar kita berada diatas kekayaan dan jagan biarkan kekayaan berada di atas kita. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada dan berasa syukur dengan nikmat yang lebih.

Ramai antara kita tahu dengan hanya perniagaan kita bole hidup selesa dan aman dari hutang piutang. Tetapi tidak ramai yang mahu berusaha dan mengharapkan nasib semata-mata. Ramai antara kita tertipu dengan gaji yang diberi walaupun sedar gaji yang diterima tidak setimpal dengan bakat dan kerja yang mereka lakukan. Kita juga terikat dengan rutin harian yang telah kita jadikan sebagai adat manusia iaitu kerja makan gaji.

Perkara yang paling menarik dalam bidang perniagaan adalah anda boleh menjadi BOS kepada diri anda sendiri. Anda boleh menentukan masa kerja anda sendiri dan menentukan berapa gaji anda. Anda boleh membuat perkara yang anda suka. Jika anda mahu pendapatan lebih anda bekerja lebih kuat dan anda mendapat peluang yang lebih luas.

Saya syorkan anda 3 langkah mudah untuk bermula berniaga..

1- dapatkan KUMPULAN/GROUP yang boleh membantu anda mendapatkan tips atau 'lubang' perniagaan
2- Anda perlu cari DUIT/MODAL mengikut jenis perniagaan yang mereka tawarkan
3- Anda perlu mencari ORANG yang boleh buat DUIT untuk anda


No comments:

Post a Comment