Usahawan Unggul Islam
Thursday, 3 October 2013
Usahawan Unggul Islam: Network Marketing Dan Anda
Usahawan Unggul Islam: Network Marketing Dan Anda: Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing). Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepad...
Usahawan Unggul Islam: Gilap Jiwa Usahawan Dalam Diri
Usahawan Unggul Islam: Gilap Jiwa Usahawan Dalam Diri: Setiap Individu mampu jadi ahli perniagaan berjaya berbekal ilmu bagi memperkasa ekonomi diri sendiri. Memperkasa ekonomi diri dulu sebelum ...
Monday, 30 September 2013
Gilap Jiwa Usahawan Dalam Diri
Setiap Individu mampu jadi ahli perniagaan berjaya berbekal ilmu bagi memperkasa ekonomi diri sendiri.
Memperkasa ekonomi diri dulu sebelum anda ingin memperkasa ekonomi dunia.
Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat terutama bumiputera akibat kenaikan harga bahan api kenderaan. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat dan ia memberi kesan besar kepada pebelanjaan harian. Ramai mula berbalah dan menuding jari kepada kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat. Yang menariknya kebanyakkan yang menuding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera sendiri.
Tahukah anda secara am nya ekonomi dunia ini direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti. Adakah anda masih ingat berpa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil? Saya masih ingat lagi hanya membawa duit poket 50 sen ketika bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zamn itu? Ketika itu saya bersekolah rendah pada tahun 1990 an. Adakah hari ini mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya 50 sen? Kerana ada satu perkara mengenai sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Sama ada suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dulu seperti harga rumah, barang dapur, dan banyak lagi pastinya tidak sama. Jadi usahlah kita membuang masa menuding jari apabila kenaikan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga.
Mungkin anda boleh mulakan dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatutnya. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan menambahkan lagi simpanan dan paling penting, tingkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan kos sara hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.
Ramai menganggap dengan kelulusan tinggi saja boleh menjamin mendapat pekerjaan bagus serta gaji lumayan. Mungkin fahaman ini dipupuk sejak kecil hingga menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti kita sehingga ke hari ini. Tidak salah mempunyai pendidikan bagus serta gred cemerlang, persoalannya kenapa perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh mendapat pendapatan yang lebih jika bekerja untuk diri sendiri. Gunakan bakat dan pendidikan yang tinggi untuk terus maju sebagai usahawan. Kerana dengan perniagaan anda boleh mencapai status kewangan bebas dan mendapat apa yang anda inginkan dan ini salah satu kelebihan menjadi usahawan
Bakat dan ilmu antara intipati untuk menjadi usahawan.
Kebiasaan ramai yang menganggap untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan bakat semula jadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat. Tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu mencukupi. Dari ilmu mencukupi dan kemahiran dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang lahir menjadi ushawan berjaya terutama beberapa tahun kebelakangan ini dalam kalangan bumiputera dengan sokongan kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya didalam membantu melatih membangunkan ushawan yang berjaya.
Namun apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam memcapai sesuatu perkara.
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami melahirkan ramai usahawan yang berjaya, hubungi saya seperti di talian yang tertera. Terima kasih
Amzak@0137463009
Network Marketing Dan Anda
Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing). Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi, anda harus mengkajinya.
1-Jumlah pelaburan yang rendah - Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM2,000. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!
2-Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan - Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.
3-Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .
4-Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!
5-Sebagai pekerjaan sampingan - Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
Masa yang fleksibel - Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
6-Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.
7-Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus - Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
8-Bekerja Di mana-mana - Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.
Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!
9-Aliran tunai perniagaan yang stabil - Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
10-Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had - Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
11-Tabung persaraan - Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.
12-Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
13-Hubungan persahabatan yang berkekalan - Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian adalah berdasarkan perniagaan membina hubungan!
14-Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja - Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
15-Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.
Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda..
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut..
Amzak@0137463009
Sunday, 29 September 2013
Cara Orang Cina Berniaga
Mentor Bisnes Cina Berpesan
"Berniaga ini payah, susah dan jerih. Kerana ia memberi potensi pendapatan yang tidak terbatas. Legasi yang tiada had, dan keuntungan aset yang maksima."
Bisnes orang cina hidup secara berkumpulan.
Hampir setiap negara kita boleh jumpa satu perkampungan khusus yang dikenali sebagai China Town.
Kampung Cina pula adalah gelaran yang tidak asing lagi di setiap daerah di negara Indonesia. Khususnya di kawasan Pluit dan Kelapa Gading.
Pesan Mentor lagi,
"ini bukan negara kami. Jesteru itu, kami perlukan tentera dan jemaah yang bersatu teguh, untuk memantapkan ekonomi. Biarkan ia bermula secara kecil-kecilan. Asalkan yang kecil itu berhasil."
Alang-alang berniaga, berniaga secara berkumpulan...
Carilah kumpulan yang boleh membantu anda untuk berniaga. Kerana dalam islam juga menggalakkan kita berjemaah. Berniaga secara berjemaah lebih teguh berbanding perniagaan konvesional kerana jika kita 'down' akan ada ramai kawan-kawan yang akan membantu kita.
Sikap Positif
SIKAP POSITIF yg saya nak SHARE hari ni...semalam saya tonton dlm satu siri Motivasi oleh Prof Dr Mohaya
Apa berlaku bila kita MARAH dan KECEWA dengan seseorang?
i)Kita akan bawa perasaan dan energy Negative tu dalam MINDA kita...
ii)Bila kita terus MEMIKIRKANNYA...ia umpama kita membiarkan segala sel dlm badan kita terus diracuni!
Contohnya bila kita dipatuk ular berbisa maka jangan biarkannnn..bisa racun tersebut akan mula menyerang setiap anggota badan yg akhirnya jika kita terus berdiam menahan sakit maka akhirnya boleh membawa maut!
iii) Buang jauh2 SEGERA perasaan tu!
FLUSH OUT IMMEDIATELY!
- jangan bawa kemana2 marah dan kecewa ...jangan 'simpan' perasaan kecewa/marah/dengan/persepsi negatif dalam kehidupan kita...sebenarnya dlm diam kita MEMBENARKAN RACUN itu terus mengalir dlm badan dan MINDA yg akhirnya akan memberi KESAN yg SUNGGUH NEGATIF!
Maka segeralah BERJUMPA dgn LEADER/GROUP/OFIS serta ikuti AKTIVITI yg PASTI akan menjadi PENAWAR pada RACUN tersebut!
Antara PENAWAR yg PALING MUJARAB ada sifat IKHLAS MEMAAFKAN mereka yg buat kamu KECEWA!
Lega rasanyaaaa...jangan fikir lagi...terus FOKUS pd MATLAMAT...'flush out' masalah @ rasa kecewa tu!
iv) Kita kena percaya pada KUASA TUHAN yg Maha Esa! Rezeki ada dimana2...REDHA dan teruskan USAHA dengan MINDA yg POSITIF dan hati yg TENANG!
v) kalau KESILAPAN tu dtg dr partner/leader kita...MAAFKAN jer laaa...semangat UNITY SD kita dulukan...lagipun kita satu TEAM...esok lusa pun jumpa lagi! Tak payah nak berdendam dan bermasam muka...saya berpegang pd satu PRINSIP - "Jangan HANYA kerana satu KESILAPAN kita LUPA seribu KEBAIKAN yg pernah kawan kita berikan sebelum ni dan mungkin juga selepas ini!"
So...maafkan jer la...
Apa berlaku bila kita MARAH dan KECEWA dengan seseorang?
i)Kita akan bawa perasaan dan energy Negative tu dalam MINDA kita...
ii)Bila kita terus MEMIKIRKANNYA...ia umpama kita membiarkan segala sel dlm badan kita terus diracuni!
Contohnya bila kita dipatuk ular berbisa maka jangan biarkannnn..bisa racun tersebut akan mula menyerang setiap anggota badan yg akhirnya jika kita terus berdiam menahan sakit maka akhirnya boleh membawa maut!
iii) Buang jauh2 SEGERA perasaan tu!
FLUSH OUT IMMEDIATELY!
- jangan bawa kemana2 marah dan kecewa ...jangan 'simpan' perasaan kecewa/marah/dengan/persepsi negatif dalam kehidupan kita...sebenarnya dlm diam kita MEMBENARKAN RACUN itu terus mengalir dlm badan dan MINDA yg akhirnya akan memberi KESAN yg SUNGGUH NEGATIF!
Maka segeralah BERJUMPA dgn LEADER/GROUP/OFIS serta ikuti AKTIVITI yg PASTI akan menjadi PENAWAR pada RACUN tersebut!
Antara PENAWAR yg PALING MUJARAB ada sifat IKHLAS MEMAAFKAN mereka yg buat kamu KECEWA!
Lega rasanyaaaa...jangan fikir lagi...terus FOKUS pd MATLAMAT...'flush out' masalah @ rasa kecewa tu!
iv) Kita kena percaya pada KUASA TUHAN yg Maha Esa! Rezeki ada dimana2...REDHA dan teruskan USAHA dengan MINDA yg POSITIF dan hati yg TENANG!
v) kalau KESILAPAN tu dtg dr partner/leader kita...MAAFKAN jer laaa...semangat UNITY SD kita dulukan...lagipun kita satu TEAM...esok lusa pun jumpa lagi! Tak payah nak berdendam dan bermasam muka...saya berpegang pd satu PRINSIP - "Jangan HANYA kerana satu KESILAPAN kita LUPA seribu KEBAIKAN yg pernah kawan kita berikan sebelum ni dan mungkin juga selepas ini!"
So...maafkan jer la...
Amzak@0137463009
Subscribe to:
Posts (Atom)



