"Berniaga ini payah, susah dan jerih. Kerana ia memberi potensi pendapatan yang tidak terbatas. Legasi yang tiada had, dan keuntungan aset yang maksima."
Bisnes orang cina hidup secara berkumpulan.
Hampir setiap negara kita boleh jumpa satu perkampungan khusus yang dikenali sebagai China Town.
Kampung Cina pula adalah gelaran yang tidak asing lagi di setiap daerah di negara Indonesia. Khususnya di kawasan Pluit dan Kelapa Gading.
Pesan Mentor lagi,
"ini bukan negara kami. Jesteru itu, kami perlukan tentera dan jemaah yang bersatu teguh, untuk memantapkan ekonomi. Biarkan ia bermula secara kecil-kecilan. Asalkan yang kecil itu berhasil."
Alang-alang berniaga, berniaga secara berkumpulan...
Carilah kumpulan yang boleh membantu anda untuk berniaga. Kerana dalam islam juga menggalakkan kita berjemaah. Berniaga secara berjemaah lebih teguh berbanding perniagaan konvesional kerana jika kita 'down' akan ada ramai kawan-kawan yang akan membantu kita.
No comments:
Post a Comment