Monday, 30 September 2013

Gilap Jiwa Usahawan Dalam Diri

Setiap Individu mampu jadi ahli perniagaan berjaya berbekal ilmu bagi memperkasa ekonomi diri sendiri.

Memperkasa ekonomi diri dulu sebelum anda ingin memperkasa ekonomi dunia.

Kebelakangan ini kita sering mendengar keluhan rakyat terutama bumiputera akibat kenaikan harga bahan api kenderaan. Sedikit demi sedikit harga barang mula meningkat dan ia memberi kesan besar kepada pebelanjaan harian. Ramai mula berbalah dan menuding jari kepada kerajaan kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat. Yang menariknya kebanyakkan yang menuding jari akibat dari kenaikan ini ialah kaum Bumiputera sendiri.

Tahukah anda secara am nya ekonomi dunia ini direka untuk sentiasa meningkat. Ini bermakna kos saraan hidup akan terus naik dari tahun ke tahun tanpa henti. Adakah anda masih ingat berpa sen yang anda bawa ke sekolah ketika anda kecil?  Saya masih ingat lagi hanya membawa duit poket 50 sen ketika bersekolah rendah. Anda boleh teka berapa umur saya pada zamn itu? Ketika itu saya bersekolah rendah pada tahun 1990 an. Adakah hari ini mencukupi sekiranya kita memberikan duit poket hanya 50 sen? Kerana ada satu perkara mengenai sistem ekonomi dunia yang anda perlu faham iaitu masalah inflasi. Sama ada suka atau tidak, duit sentiasa susut nilai dan harga barang 10 tahun dulu seperti harga rumah, barang dapur, dan banyak lagi pastinya tidak sama. Jadi usahlah kita membuang masa menuding jari apabila kenaikan ini terjadi. Dari anda pening memikirkan masalah ekonomi dunia atau cuba menjadi "superman" mahu merubah ekonomi dunia, lebih baik fikirkan bagaimana hendak mengukuhkan lagi ekonomi diri sendiri dan keluarga.

Mungkin anda boleh mulakan dengan mengurangkan perbelanjaan yang tak sepatutnya. Mula perhatikan aliran wang keluar masuk anda dan isi rumah. Cuba mencari jalan menambahkan lagi simpanan dan paling penting, tingkatkan pendapatan bagi menampung kenaikan kos sara hidup yang luar biasa ini. Antara cara meningkatkan pendapatan melalui bekerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.

Ramai menganggap dengan kelulusan tinggi saja boleh menjamin mendapat pekerjaan bagus serta gaji lumayan. Mungkin fahaman ini dipupuk sejak kecil hingga menjadi satu bentuk budaya atau tradisi yang patut diikuti kita sehingga ke hari ini. Tidak salah mempunyai pendidikan bagus serta gred cemerlang, persoalannya kenapa perlu bekerja untuk orang lain sekiranya anda boleh mendapat pendapatan yang lebih jika bekerja untuk diri sendiri. Gunakan bakat dan pendidikan yang tinggi untuk terus maju sebagai usahawan. Kerana dengan perniagaan anda boleh mencapai status kewangan bebas dan mendapat apa yang anda inginkan dan ini salah satu kelebihan menjadi usahawan

Bakat dan ilmu antara intipati untuk menjadi usahawan.

Kebiasaan ramai yang menganggap untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan bakat semula jadi ataupun diwarisi dari keluarga. Realitinya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan bakat yang hebat. Tetapi apa yang anda perlukan adalah ilmu mencukupi. Dari ilmu mencukupi dan kemahiran dibina secara tidak langsung ke dalam diri usahawan secara berperingkat sehingga ia menjadi darah dagingnya sendiri. Ramai yang lahir menjadi ushawan berjaya terutama beberapa tahun kebelakangan ini dalam kalangan bumiputera dengan sokongan kerajaan serta inisiatif banyak pihak termasuk saya didalam membantu melatih membangunkan ushawan yang berjaya.

Namun apa yang membezakan usahawan dan orang biasa ialah ilmu dan pilihan berani bertindak membuat keputusan dalam memcapai sesuatu perkara.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami melahirkan ramai usahawan yang berjaya, hubungi saya seperti di talian yang tertera. Terima kasih


No comments:

Post a Comment